Sabtu, 01 Februari 2014

Browse Manual » Wiring » » » » » » » Charlie Dan Dakota Bintangi Filem Erotik

Charlie Dan Dakota Bintangi Filem Erotik


Buat penggemar siri novel erotik nukilan E.L James, 50 Shades of Grey, pastinya anda teruja dengan perkhabaran barisan pelakon yang bakal membintangi siri filem ini nanti.

Setelah sekian lama membuat sesi ujibakat, akhirnya pelakon Charlie Hunnam dan Dakota Johnson telah terpilih menjayakan watak utama novel tersebut iaitu Christian Grey dan Anastasia Steele.

Sebelum ini ura-ura mengatakan pelakon comel Emma Watson akan membawa watak heroin dalam filem tersebut namun ternyata pilihan kedua-dua pelakon yang dinyatakan di atas telah dipersetujui oleh semua barisan produksi itu.

Menurut penulisnya, asalnya dia mahukan pelakon yang terkenal dengan watak Edward Cullen iaitu Robert Pattinson untuk membawakan watak Grey.

Apa-apa pun kita tunggu sahaja tinjauan filem ini, tapi tak tahulah pula adakah naskhah filem ini akan lepas tayangannya di sini.

Kita tunggu dan lihat sahaja nanti!

Oleh: AUDREY LEE

Tidak ada komentar:

Posting Komentar